Nuffnang

Selasa, 12 Jun 2012

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


3 beradik hidap penyakit kronik

Posted: 12 Jun 2012 07:22 PM PDT

Logo 3 beradik perlu bantuan
3 beradik menghidap penyakit kronik dan memerlukan rawatan serta
penjagaan rapi perlu bantuan

SELAYANG – Sepasang suami isteri melalui ujian getir apabila tiga anak mereka menghidap penyakit kronik dan memerlukan rawatan serta penjagaan rapi. Zanery Adam, 43, dan isterinya, Adiana Othman, 34, buntu memikirkan nasib ketiga-tiga anak mereka itu.

Zanery berkata, walaupun dari segi luaran, anak-anaknya Nurul Huda, 12, Muhammad Amir,11 dan Nurul Fatihah, 8 nampak ceria namun di sebaliknya masing-masing menanggung derita menghidap penyakit yang perlukan rawatanrapi seperti kanser tulang dan tiroid tahap empat.

Katanya, dengan pendapatan RM1,500 sebagai operator perkilangan, wang tersebut banyak dihabiskan untuk kos perubatan anaknya. Menurutnya, dia memperuntukkan RM677 sebulan untuk kos perbelanjaan ubatan dan rawatan anak keduanya, Muhammad Amir yang menghidap dua penyakit dikenali saraf tunjang kongential dan masalah kawalan ke atas saluran kencing serta kawalanke tandas.

"Setiap empat jam, Muhammad Amir perlu gunakan kaedah manual mengeluarkan urin menggunakan tiub yang diuruskan isteri. "Pada sesi sekolah pula, rutin isteri juga bertambah apabila perlu ke sekolah untuk uruskan Muhammad Amir kerana anaknya enggan menggunakan lampin pakai buang kerana malu diejek rakan," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, doktor yang merawat anaknya memaklumkan penyakit anaknya tidak boleh dirawat dan terpaksa menggunakan sistem manual untuk membuang urin seumur hidup kerana deria rasanya tiada untuk tujuan itu.

"Setiap dua minggu, pemeriksaan akan dilakukan ke atasnya dan untuk menjimatkan kos, tiub yang sepatutnya digunakan dua kali seminggu terpaksa dipanjangkan selama dua minggu untuk menjimatkan kos tetapi perlu dibasuh dengan bersih untuk elakkan jangkitan kuman," katanya.

Sementara itu katanya, anak sulungnya Nurul Huda dikesan menghidap tiroid tahap empat dan doktor menasihatkan supaya dilakukan pembedahan pada bila-bila masa, namun faktor kewanganmenyebabkan dia terpaksa menumpukan pembedahan kepada anak bongsunya Nurul Fatihah terlebih dahulu yang menghidap kanser tulang.

"Di peringkat permulaan Institut Jantung Negara (IJN) sedia menjadikan Nurul Fatihah sebagai anak angkat termasuk kesediaannya menampung kos pembedahan RM15,000. "Bagaimanapun disebabkan tenaga pakar kurang, IJN minta kami merujuk penyakit Nurul Fatihah kepada Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM) menyebabkan kami terpaksa bermula dari awal dan kos rawatannya masih belum dapat dipastikan," katanya.

Hadir sama membuat lawatan turun padang melihat keadaan anak-anak Zanery ialah Ketua Pemuda Selayang, Datuk Sohaimi Shahadan. Sohaimi berkata, dia berharap beban keluarga itu dapat dikurangkan dengan keprihatinan masyarakat yang sudi membantu termasuk sesi lawatan kerja oleh pakar perubatan yang boleh merawat Muhammad Amir.

Justeru itu katanya, mereka yang prihatin dan berhasrat untuk menyumbang boleh menghubungi di talian 013-293 4837 atau terus ke akaun Maybank milik Adiana 162508103642 (162508103642).

Pekerja ladang dirogol penjual karpet

Posted: 12 Jun 2012 07:19 PM PDT

Pekerja ladang dirogol penjual karpet
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Baru, Tan Kam
Sang (kanan) ketika melawat mangsa di rumahnya. Turut kelihatan bapa tiri
mangsa (kiri).

BENTONG – Seorang pekerja ladang dirogol penjual karpet warga asing dalam semak di Kilometer 24 Jalan Karak-Kuala Pilah, ketika wanita itu sedang berjalan pulang, kira-kira jam 1.30 petang, kelmarin.

Mangsa yang berusia 45 tahun itu sedang berjalan kaki apabila penjual karpet itu, yang menunggang motosikal, menghampiri dan mengheretnya ke kawasan semak, 50 meter dari situ. Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, lelaki terbabit memberhentikan motosikalnya dan mengheret mangsa ke semak berhampiran kira-kira 50 meter dari jalan utama.

"Mangsa menjerit meminta tolong, namun lelaki terbabit merogolnya, sebelum melarikan diri," katanya kepada Sinar Harian. Mohamad Mansor berkata, orang awam yang nampak motosikal itu di tepi jalan berasa curiga. Mereka pergi ke kawasan itu dan menemui wanita itu.

"Polis menahan suspek berusia 25 tahun pada hari yang sama ketika cuba melarikan diri di kawasan ladang berhampiran," katanya. Lelaki itu direman seminggu.

Polis cari Din dukun

Posted: 12 Jun 2012 07:18 PM PDT


HAMDAN menunjukkan gambar Ausman atau Din yang dicari bagi membantu siasatan kes bunuh pada sidang akhbar di Seremban, Negeri Sembilan semalam.


SEREMBAN - Kes pembunuhan seorang pemandu peribadi yang mayatnya ditemui hanya memakai kain sarung di ladang kelapa sawit di Jalan Besar Linggi-Lubok Cina dekat Rembau 15 Mei lalu bakal terungkai sekiranya polis menemui seorang lagi lelaki bagi menyelesaikan kejadian tersebut.

Lelaki itu ialah Ausman Mohd. Dahlan, 50, atau Din beralamat di No. 389 Lorong Teluk 5 Kg. Teluk, Pasir Panjang Batu 16, Port Dickson dan No. 5 Lorong Jaya 1, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Maklumat penting tersebut diperolehi selepas polis menyoal siasat tiga lelaki berusia lingkungan 30-an yang ditahan di Perak 5 Jun lalu bagi membantu siasatan kes tersebut.

Ketua Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, Din adalah seorang dukun dan merupakan individu terakhir yang sepatutnya ditemui si mati pada hari kejadian.

Sekolah terbakar, tutup 3 hari

Posted: 12 Jun 2012 07:17 PM PDT


API membakar bilik-bilik di aras tiga bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yu Hua, Kajang, Selangor semalam.


KAJANG - Sesi pembelajaran 1,383 pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yu Hua di Jalan Low Ti Kok di sini tergendala apabila satu blok tiga tingkat sekolah itu musnah dalam kebakaran semalam.

Kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu bermula dari sebuah bilik mesyuarat di tingkat tiga yang dijadikan bilik tuisyen bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada September ini.

Api dikatakan berpunca daripada alat penyaman udara yang tiba-tiba mengeluarkan asap dan disusuli dengan percikan api yang menyambar bilik mesyuarat itu sebelum merebak ke bilik-bilik lain di blok itu.

Semasa kejadian, seramai 40 murid berada di bilik mesyuarat tersebut kerana menghadiri kelas tuisyen yang sepatutnya tamat pada pukul 3.30 petang.

Bongkar kegiatan palsu dokumen

Posted: 12 Jun 2012 07:16 PM PDT


MAHASAN (tengah) menunjukkan sebahagian dokumen palsu yang dirampas dalam operasi di sebuah premis di Jalan Parit Dalam, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Sekali pandang sebuah premis di Jalan Parit Dalam di sini menjalankan perniagaan barangan runcit dan makanan serta menjadi tempat warga Myanmar berkomuniti.

Bagaimanapun di sebalik perniagaan yang dijalankan di premis tersebut, rupa-rupanya terselindung kegiatan pemalsuan pas lawatan kerja sementara (PLKS) untuk warga Myanmar yang masuk ke negara ini secara haram.

Kegiatan tersebut berjaya dibongkar oleh Jabatan Imigresen Kelantan selepas menyerbu premis tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.

Pengarahnya, Mahasan Mustapa memberitahu, bertindak atas maklumat, pihaknya menyerbu premis berkenaan dan berjaya menemui beberapa peralatan dipercayai untuk memalsukan dokumen tersebut.

"Hasil serbuan kita berjaya menahan sembilan lelaki, tiga perempuan dan tiga kanak-kanak berusia sembilan hingga 30 tahun yang tidak memiliki sebarang dokumen dan masuk ke negara ini secara tidak sah.

"Selain itu, pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan beberapa peralatan seperti komputer, komputer riba, mesin pengimbas dan mesin pencetak yang digunakan untuk tujuan memalsukan PLKS," katanya ketika ditemui pada operasi tersebut.

SPAD tahan lori bawa muatan berlebihan

Posted: 12 Jun 2012 07:16 PM PDT


PEGAWAI SPAD dan anggota polis trafik memeriksa tayar salah sebuah lori yang ditahan dalam Operasi Hippo di Batu Kawan, Pulau Pinang semalam.


NIBONG TEBAL - Lapan buah lori tanah yang membawa muatan berlebihan ditahan penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Zon Utara dalam operasi sekitar Batu Kawan dan Valdor di sini semalam.

Kesalahan itu dikesan hasil Operasi Hippo selama tiga jam bermula pukul 9 pagi bertujuan mengesan kenderaan berat yang melanggar kesalahan jalan raya selain mengganggu ketenteraman awam beroperasi di kawasan kediaman.

Ketua Penguat Kuasa SPAD Zon Utara, V. Letchumanan berkata, operasi itu diadakan berikutan aduan orang awam mengenai kehadiran kenderaan berat bersama muatan berlebihan yang mengancam keselamatan pemandu jalan raya lain.

"Dalam operasi hari ini (semalam), kita telah memeriksa beberapa buah kenderaan berat dan saman telah dikeluarkan terhadap lapan kenderaan berat yang dikesan membawa muatan berlebihan.

Penduduk berang air najis babi masuk kampung

Posted: 12 Jun 2012 07:11 PM PDT


PENDUDUK melakukan perhimpunan aman membantah projek pembinaan saluran parit menyalurkan air najis babi di Kampung Titi Hitam, Nibong Tebal, Pulau Pinang baru-baru ini.


NIBONG TEBAL - Lebih 100 penduduk Kampung Titi Hitam, Sungai Bakap di sini berhimpun secara aman semalam membantah pembinaan saluran parit menyalurkan air najis babi dari kawasan penternakan haiwan itu di Kampung Jawi ke kampung mereka.

Mereka mendakwa, projek yang diluluskan kerajaan negeri itu bukan sahaja menyebabkan kawasan mereka akan berbau busuk tetapi juga akan sering dilanda banjir kilat.

Wakil penduduk, Ahmad Awang, 58, berkata, penduduk hairan kenapa peruntukan yang banyak diberi untuk membina saluran berbanding kos membina rumah pam bagi menyedut air parit berkenaan ke Sungai Jawi.

Sebelum ini, air parit itu disalurkan ke Sungai Jawi yang terletak bersebelahan kampung tersebut.

"Tapi sejak pembinaan projek EDTP (Landasan Berkembar Keretapi Elektrik), kerajaan negeri ambil jalan mudah membina saluran di bawah landasan dan airnya disalur ke sungai.

"Kami bantah projek ini kerana tidak mahu sungai dicemari," katanya.

Musim paling mencabar

Posted: 12 Jun 2012 07:10 PM PDT



SEPANJANG dua musim program realiti TV Showdown dianjurkan oleh saluran 8TV sejak tahun 2010, ternyata ia membuka peluang kepada anak-anak muda yang berbakat tarian untuk bertanding dalam sebuah pentas yang besar.

Selain itu, menerusi program tersebut juga turut memperkenalkan beberapa jenis tarian seperti B-Boy dan Street Dance yang mungkin agak kurang dikenali sebelum ini.

Kini, program Showdown 2012 yang sudah memulakan saingan sejak 9 Mei lalu menyaksikan persaingan 12 kumpulan bagi merebut gelaran juara untuk musim yang ketiga.

Antara kumpulan yang bertanding seperti Dem Lepak Boyz, D'Vol Blacky Wacky, E.G.S Monster, Inversion, Kitta Move, Project Elementz, Soul Gang, Soul Krazy, Syko Breakerz Crew, The Hype, Walawei dan We Taking Over.

Bagaimanapun selepas tujuh minggu bertanding, grup D'Vol Blacky Wacky, E.G.S Monster, Inversion, Syko Breakerz Crew dan The Hype sudah tersingkir. Kini tinggal Dem Lepak Boyz, Kitta Move, Project Elementz, Soul Gang, Soul Krazy, Walawei dan We Taking Over yang sedang memberi persembahan terbaik untuk memastikan mereka mampu sampai sehingga pusingan final.

Berkesempatan bersua muka dengan dua kumpulan yang bertanding iaitu Dem Lepak Boyz dan dan Soul Krazy baru-baru ini, mereka sependapat mengatakan persaingan musim ini sangat mencabar.

Salah seorang wakil kumpulan Dem Lepak Boyz, Mohammad Faridh Mohd. Yasin atau lebih dikenali dengan panggilan Killer Khef berkata, rata-rata kumpulan telah membuat persiapan yang cukup rapi.

"Salah satu perkara yang paling menarik mengenai program pada kali ini apabila kebanyakan kumpulan yang bertanding sebenarnya pernah bersaing semasa musim yang pertama dan kedua.

"Dengan pengalaman yang telah diperoleh semasa menyertai Showdown sebelum ini, kami berusaha sebaik-baiknya untuk menampilkan aksi tarian yang mampu memikat hati juri," ujarnya.

Bercerita lebih lanjut mengenai kumpulannya itu, Faridh memberitahu, enam ahli kumpulan Dem Lepak Boyz pernah bersaing di pentas program realiti tarian tersebut. Antaranya, kumpulan Battle Crew dan Borneo Soul Breakerz pada musim pertama serta Force 136, Blazin Squad dan Borneo Crew semasa musim kedua.

Ujarnya, pada musim ini mereka telah sepakat untuk membentuk sebuah kumpulan baharu bagi meneruskan perjuangan dalam pentas Showdown serta memberikan saingan kepada kumpulan-kumpulan yang lain.

"Melihat kepada persaingan yang berlaku pada musim pertama dan kedua, ternyata musim ini lebih banyak memberi cabaran dan agak sukar menjangka kumpulan mana yang boleh bertahan atau tersingkir.

"Sebagai kumpulan yang mempunyai kekuatan menerusi jenis tarian B-Boy, kami akan cuba menampilkan yang terbaik dengan menerapkan elemen-elemen menarik agar tarian yang dipersembahkan memiliki keunikan tersendiri," jelasnya.




Ditanya mengenai sasaran kumpulannya itu selain bergelar juara, Faridh menyatakan mereka mahu menjadi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menceburi bidang tarian.

Guru tarian

Dalam saingan Showdown musim ini, Soul Krazy merupakan satu-satunya kumpulan yang terdiri daripada semua ahli wanita yang berjaya melayakkan diri sehingga ke peringkat Top 12.

Lee Yen Yen atau lebih dikenali sebagai Becky selaku ketua kumpulan tersebut berkata, jika pada dua musim lepas tiada kumpulan wanita yang berjaya layak sehingga ke peringkat akhir, kali ini mereka mahu membuktikan penari wanita mampu pergi lebih jauh dalam program ini.

"Sebenarnya kami semua merupakan guru tarian di sebuah kelas tarian yang dikenali sebagai Passion Danze Studio. Namun, kami tidak anggap kerjaya kami sebagai guru tarian memberi kelebihan dalam pertandingan ini.

"Setelah beberapa minggu persaingan berlangsung, kami melihat setiap kumpulan yang bertanding sememangnya sangat bagus. Maka, kami tidak boleh terlalu yakin dan memandang rendah terhadap keupayaan kumpulan lain," ujarnya.

Ketika ditanya apa yang membuatkan mereka berminat untuk menyertai rancangan tersebut, Yen Yen menyatakan penyertaan mereka dapat memberi peluang untuk mengasah lagi bakat tarian yang dimiliki.

"Sebagai tenaga pengajar kami cuma memberi tunjuk ajar kepada para pelajar tentang teknik asas tarian sahaja. Dengan menyertai rancangan ini, kami mampu menajamkan lagi skil serta mencipta gerak tari baharu," ujarnya.

Giliran E..G..S Monster

Pada saingan yang berlangsung pada minggu lalu, nasib ternyata tidak berpihak kepada kumpulan E.G.S Monster yang tidak dapat meneruskan saingan apabila gagal memberikan saingan kepada kumpulan lain.

Sewaktu persembahan yang berlangsung di KL Life Centre, Kuala Lumpur, kumpulan yang diwakili empat orang anak muda itu mendapat jumlah markah yang paling sedikit menerusi undian melalui khidmat pesanan ringkas penonton.

Biarpun ia merupakan percubaan kali kedua setelah pernah berada di pentas Showdown pada musim lalu, mereka masih lagi gagal untuk memberi sebuah persembahan yang mampu membuat juri memilih mereka.

Dengan saingan bertemakan tarian 'Dubstep', setiap kumpulan yang bertanding telah diberikan beberapa rentak lagu seperti remix, figure mix serta skrillex remix dan mereka perlu menampilkan aksi tarian menerusi rentak lagu tersebut.

Salah seorang ahli kumpulan tersebut, Mohamad Nadzri Che Saipolliza atau Kimi berkata, ketika menyertai Showdown musim kedua, mereka berjaya melayakkan diri ke pusingan Top 12, namun sudah tersingkir pada minggu pertama.


PERJUANGAN E.G.S Monster sekali lagi terkandas apabila tersingkir pada minggu lalu.


"Sebelum ini ahli kumpulan kami terdiri daripada enam orang, tetapi dua orang daripada rakan kami tidak dapat turut serta kerana mempunyai komitmen masing-masing dan kini tinggal kami berempat sahaja.

"Namun, yang menariknya tentang kami, sehingga kini memang tidak ada guru yang mengajar kami tentang tarian. Biasanya setiap malam kami berempat akan berkumpul di rumah salah seorang ahli kumpulan dan pada masa itu kami akan berlatih serta mereka cipta gerak tarian baharu," ujarnya.

Bagaimanapun, mereka kini terpaksa menerima hakikat bahawa nasib masih lagi tidak menyebelahi mereka untuk bersaing ke peringkat seterusnya apabila sekadar layak sehingga ke peringkat Top 8 sahaja.

Zizan 'berlakon' filem Cina

Posted: 12 Jun 2012 07:09 PM PDT


ZIZAN RAZAK


GABUNGAN tiga suara selebriti terkenal Malaysia, Zizan Razak, Harun Salim Bachik dan Sharifah Shahira, filem Cina Ghost Buddies yang kini dialih suara ke bahasa Melayu dengan judul Kawan-Kawanku Hantu begitu menarik untuk ditonton seisi keluarga.

Filem komedi yang diterbitkan oleh Astro Shaw Sdn. Bhd. dengan kerjasama Double Vision Picture Sdn. Bhd. itu merupakan sebuah filem Cina terbitan Singapura lakonan pelawak terkenal Singapura, Mark Lee dan pemegang anugerah Pelakon Hong Kong Terbaik, Maggie Shiu.

Apa yang menarik, ketiga-tiga Zizan, Harun dan Shahira masing-masing tidak hanya mengalih suara untuk satu karakter sahaja tetapi mampu mengalih suara lebih daripada tiga karakter dalam filem Kawan-Kawanku Hantu.

Menjadi satu cabaran buat Zizan, Harun dan Shahira untuk memastikan setiap dialog yang diucapkan untuk setiap babak bersesuaian dan mencuit hati tetapi masih mengekalkan jalan cerita asal filem Ghost Buddies. Filem Kawan-Kawanku Hantu yang dialih suara oleh tiga pelakon itu kini dapat ditonton secara eksklusif di Astro First.

Menurut Pengurus Saluran Astro First, Shoba Devi, objektif utama versi alih suara dihasilkan untuk filem ini adalah supaya ia dapat ditonton oleh semua penonton sama ada dalam bahasa Cina atau bahasa Melayu.

"Astro First cuba mencipta kelainan dengan menggunakan inisiatif alih bahasa berbanding penggunaan sari kata kerana selain dapat menyuntik cita rasa tempatan ke dalam filem itu, mereka juga percaya ia juga dapat membuka ruang kepada filem seumpama itu untuk melebarkan capaian kepada seluruh penonton di Malaysia," ujarnya.

Sementara itu, ungkap Pengurus Besar Tayangan Unggul Sdn. Bhd. iaitu Gayatri Su-Lin Pillai: "Melihat kepada sambutan yang baik terhadap filem Ghost Buddies di Singapura, kedua-dua produksi iaitu Astro Shaw dan Double Vision mengambil peluang menghasilkan filem alih bahasa khas buat penonton di Malaysia."

Tambah Gayatri, filem versi alih suara Kawan-Kawanku Hantu itu juga menggunakan khidmat pelawak-pelawak popular di Malaysia dan mereka telah memberi satu interpretasi kandungan yang segar, hebat dan lucu dalam filem tersebut.

Bagi melanggan filem Kawan-Kawanku Hantu, boleh kunjungi portal Astro First di Saluran Astro 480 dan ikuti langkah-langkah yang disertakan.

Setiap pembelian akan dicajkan

ke bil semasa pelanggan. Kadar caj

telco akan dikenakan untuk setiap khidmat pesanan ringkas. Untuk maklumat lanjut, layarilah www.astro.com.my/astrofirst.

Lohan yang salah - James

Posted: 12 Jun 2012 07:06 PM PDT


LINDSAY LOHAN didakwa punca berlaku kemalangan antara keretanya dengan sebuah trak baru-baru ini.


Kisah Lindsay Lohan kemalangan dengan sebuah trak pada minggu lalu nampaknya masih belum berpenghujung.

Walaupun Lohan kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem terkininya, Liz And Dick, masih ada pihak yang mahu memanjangkan cerita tersebut.

Kali ini, pemandu trak yang hanya mahu dikenali sebagai James memberitahu punca kemalangan yang membuat kereta dipandu bintang tersebut remuk teruk kerana kesilapan Lohan sendiri.

Menurut laporan Dailymail, James mendakwa dia mengalami kerugian besar selepas insiden tersebut.

"Dia yang melanggar belakang trak saya. Dia yang bersalah," ujar James.

Dia turut memberitahu mempunyai ramai saksi tentang perlanggaran tersebut.

"Saya tahu ada saksi yang merakam kejadian itu. Itu sebagai bukti saya tidak bersalah," katanya lagi.

Sementara itu, ada khabar yang mengatakan insiden tersebut sengaja dirancang oleh James untuk mendapatkan duit daripada Lohan.

Tentera Syria bedil Al-Haffe

Posted: 12 Jun 2012 07:05 PM PDT

IMEJ yang disiarkan di laman YouTube semalam menunjukkan asap menjulang tinggi semasa pertempuran antara tentera Syria dengan para penentang Bashar di Homs.


DAMSYIK - Tentera rejim pemerintah Syria membedil bandar Al-Haffe di utara negara berkenaan untuk hari kelapan semalam.

Perkembangan tersebut mencetuskan kebimbangan akan berlaku pembunuhan beramai-ramai terbaharu di Syria.

Serangan berkenaan turut mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut agar pasukan pemerhatinya diberikan akses untuk melawat bandar itu.

Seorang pegawai pertubuhan Pemerhati Syria bagi Hak Asasi memberitahu agensi berita AFP bahawa tentera rejim Presiden Bashar Al-Assad menggunakan meriam berat untuk membedil bandar berkenaan sementara mengumpul kekuatan untuk melakukan serangan darat.

Beberapa penduduk Al-Haffe memberitahu bahawa helikopter-helikopter tempur membedil kedudukan pemberontak di bandar itu.

Mereka bimbang tragedi pembunuhan beramai-ramai akan berlaku jika tentera Bashar memasuki Al-Haffe.

Sebelum ini, 55 orang maut dalam pembunuhan beramai-ramai di Al-Kubeir pada minggu lalu dan sekurang-kurangnya 108 mangsa lagi dibunuh dekat Houla pada 25 dan 26 Mei lalu.

Bandar Al-Haffe dianggap strategik kerana terletak berdekatan bandar kelahiran Bashar, Qardaha.

Menurut Abdel Rahman, terdapat ratusan anggota Tentera Pembebasan Syria yang masih aktif dalam dan di sekitar Al-Haffe.

Bandar yang terletak dalam wilayah Latakia dan dihuni oleh sekitar 30,000 orang itu bakal menjadi medan konfrontasi ganas antara pemberontak dan tentera Syria.

Kelmarin, tentera Syria dilaporkan melepaskan bedilan di bandar Homs dan Hama, wilayah Daraa, Aleppo dan pinggir bandar Damsyik.

Pertempuran antara tentera Syria dengan para penentang pemerintahan Bashar bermula pada awal tahun lalu yang dikatakan telah meragut nyawa lebih 14,000 orang.

Lebih 50 maut gempa di Afghan

Posted: 12 Jun 2012 07:04 PM PDT


SALAH satu lokasi yang mengalami gegaran gempa bumi di wilayah Baghlan kelmarin.


MAZAR-I-SHARIF, Afghanistan - Lebih 50 orang dikhuatiri terbunuh dalam runtuhan akibat dua gempa bumi yang menyebabkan tanah runtuh sekali gus meranapkan rumah-rumah di utara Afghanistan semalam.

Sehari selepas gempa itu berlaku, kira-kira 50 hingga 70 orang mungkin terperangkap di bawah runtuhan di daerah Burka.

Daerah itu merupakan kawasan yang paling banyak mengalami kemusnahan.

"Mereka mungkin telah mati kerana terdapat banyak runtuhan tanah. Menggali tanah itu agak sukar," kata gabenor di wilayah Baghlan, Munishi Abdul Majeed.

Ketua pasukan bantuan bencana alam tempatan, Mohammad Nasir Kohzad berkata, lebih banyak pasukan menyelamat dari Kabul telah dihantar ke lokasi bencana.

Dua gempa bumi berukuran 5.4 dan 5.7 pada skala Richter itu menggegarkan kawasan pergunungan Hindu Kush selang setengah jam kelmarin.

Lokasi kejadian terletak kira-kira 170 kilometer ke utara Kabul.

Gempa bumi yang pertama berpusat 160 kilometer ke barat daya bandar Faizabad dengan kedalaman 15 kilometer.

Satu lagi gempa bumi berpusat di kawasan yang hampir sama.

Bieber pukau peminat

Posted: 12 Jun 2012 07:03 PM PDT


BIEBER duduk di atas pentas di depan skrin yang memaparkan para peminatnya di Plaza Zocalo, bandar raya Mexico kelmarin.


BANDAR RAYA MEXICO - Penyanyi terkenal, Justin Bieber memukau para penonton yang menyaksikan konsert percumanya di Plaza Zocalo di sini kelmarin.

Semasa Bieber, 18, menyanyikan lagu hitnya, Baby pada persembahan pembukaan, peminat-peminat bagaikan histeria menjerit-jerit namanya.

"Bandar raya Mexico, terdapat ramai orang pada hari ini. Setiap orang daripada anda merupakan peminat utama saya," kata Bieber kepada penonton.

Bintang remaja itu memakai seluar jean berwarna putih, kemeja-T kelabu dan kasut berwarna kuning ketika membuat persembahan bersama lima penari.

Ekoran penonton yang terlalu ramai, empat skrin gergasi disediakan buat peminat yang kebanyakannya perempuan dan ibu bapa mereka.

Bieber turut meminta seorang gadis naik ke pentas sebelum memberikannya sejambak bunga.

Dia kemudian menyanyikan lagu One Less Lonely Girl sehingga menyebabkan gadis itu tidak berhenti menangis.

Lokasi konsert itu bertukar menjadi lautan ungu.

Sebahagian penonton yang berumur belasan tahun dan berusia antara 10 hingga 14 tahun memakai pakaian berwarna ungu yang dikatakan warna kesukaan Bieber.

Selepas menyanyikan beberapa buah lagu sambil bermain gitar akustik, Bieber menukar pakaian berwarna hitam dan menyanyikan lagu-lagu bertenaga termasuk Somebody To Love.

Sementara itu, pada sidang akhbar sebelum konsert berlangsung, bintang kelahiran Kanada itu menyatakan dia memahami perasaan peminat-peminat perempuan.

"Tiada seorang pun artis yang saya amat kagumi yang menyebabkan saya melakukan sesuatu yang gila.

"Namun, jika Michael Jackson berada di sini, saya akan melakukan (sesuatu yang gila) untuknya.

"Justeru, saya memahami perasaan yang dirasai gadis-gadis dan ia membuatkan saya berasa amat berbesar hati," katanya.

Konsert tersebut berakhir dengan pertunjukan bunga api.

Rancangan bina teleskop terbesar dunia dilulus

Posted: 12 Jun 2012 07:00 PM PDT




PARIS - Dua pertiga anggota majlis pentadbiran Balai Cerap Selatan Eropah (ESO) telah meluluskan rancangan untuk membina teleskop optik terbesar di dunia.

Teleskop berkenaan akan dibina bagi meneroka cakerawala untuk mencari planet yang dapat menampung kehidupan.

Menurut satu kenyataan ESO kelmarin, kelulusan itu akan membuka jalan bagi pembinaan teleskop tersebut.

Projek berharga 1.083 bilion euro (RM4.31 bilion) itu melibatkan pembinaan sebuah teleskop dan sebuah cermin perangkap cahaya selebar bersaiz 39.3 meter.

Teleskop itu akan dibina di tapak Cerro Armazones di utara Chile, dekat Balai Cerap Paranal milik ESO.

Kawasan tersebut amat kering dan terletak pada ketinggian 3,060 meter dari aras laut.

Denda AS$20 jika keluarkan kata-kata kesat

Posted: 12 Jun 2012 06:58 PM PDT


IMEJ yang bertarikh 25 Julai 2007 menunjukkan dua orang berjalan di laluan pejalan kaki di bandar Middleborough.


MIDDLEBOROUGH, Amerika Syarikat - Penduduk di bandar ini, dekat Boston kelmarin bersetuju supaya mereka yang bermulut celupar membayar denda sebanyak AS$20 (RM64) jika didapati menyumpah seranah di tempat awam.

Dalam satu mesyuarat penduduk, 183 penghuni bandar berkenaan menyokong denda tersebut manakala 50 lagi membantah cadangan itu.

Denda itu merupakan cadangan daripada ketua polis tempatan.

Beberapa pegawai memberitahu, cadangan tersebut bukan bermaksud menapis perbualan tetapi bagi menghalang pengunaan bahasa kesat secara lantang oleh golongan remaja dan belia di pusat bandar dan taman awam.

"Saya benar-benar gembira berhubung peraturan baharu ini.

"Mereka (remaja) duduk di atas bangku dan menjerit ke arah satu sama lain dengan menggunakan bahasa paling kesat yang anda pernah dengar, perlakuan tersebut adalah sangat tidak wajar," kata pemilik kedai, Mimi Duphily selepas sesi pengundian itu.

Sisi mistik kaburi manfaat

Posted: 12 Jun 2012 06:57 PM PDT



SAAT Siti Patimah Mohammad masih kecil, beliau sering mendengar kisah yang disampaikan bapanya tentang mitos ikan puyu. Antara cerita yang masih segar dalam ingatannya ialah fungsi ikan itu ketika wanita hendak bersalin.

"Orang dulu-dulu bungkus ikan puyu yang masih hidup dalam kain. Kemudian, mereka gantung pada pintu rumah waktu perempuan melahirkan anak. Ikan tersebut dibiarkan di situ sehingga ia kering.

"Saya kurang jelas kegunaan ikan tersebut tapi apa yang diberitahu ia dapat mengelakkan benda jahat daripada mengganggu proses kelahiran.

"Biasalah, zaman dahulu orang tua banyak pantang larang dan mungkin ia kepercayaan mereka bagi mengekang gangguan makhluk halus. Sejauh mana kebenarannya saya sendiri tidak pasti," bersahaja nada wanita berusia 58 tahun itu ketika ditemui di kediamannya di Kampung Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor.

Sambil memperbetulkan umpan berupa cengkerik pada mata kailnya, Patimah tidak henti-henti berkongsi kisah menarik tentang ikan yang dilabelkan 'ikan longkang' oleh kebanyakan orang itu. Menurutnya, beliau sendiri kurang mengambil berat sisi mistik puyu yang digembar-gembur masyarakat. Baginya, adalah lebih baik sekiranya ciri-ciri positif hidupan air itu yang diperbesarkan.

Tambah Patimah, tidak ramai orang di negara ini memilih puyu sebagai lauk, malah ada tanggapan yang menyifatkan pilihan itu sebagai pelik. Namun bagi beliau, puyu yang dimasak gulai lemak kuning mampu menambat selera siapa sahaja yang tidak pernah merasai keenakan ikan air tawar itu.

"Saya sudah mengenali ikan puyu ini sejak kecil lagi. Mungkin kerana saya dilahirkan, dibesarkan dan menetap di sini membuatkan ikan tersebut tidak asing dalam menu hidangan keluarga saya.

"Tambahan pula, kawasan kami dikelilingi sawah padi dan tali air iaitu lubuk paling sesuai buat puyu membiak. Sejak dahulu, saya gemar menangkap puyu tidak kira di sawah ataupun di parit kecil.

"Walaupun sudah bergelar warga emas, saya masih kerap memancing puyu di longkang hadapan rumah saya ini. Selalunya saya memancing untuk tempoh beberapa jam bermula dari pukul 2 petang hingga 4 petang.

"Jika cuaca panas, saya hanya turun selepas pukul 5 petang," tutur Patimah yang mendedahkan waktu tengah hari merupakan jangka masa terbaik menangkap puyu kerana ia tempoh puyu memburu umpan.

Hasil tangkapan beliau kemudiannya dipecahkan mengikut saiz ikan tersebut. Puyu bersaiz besar akan dimasak manakala yang kecil dibela di dalam akuarium atau telaga kecil di belakang rumahnya.

Elak pukau


KAWASAN bendang dan tali air menjadi tempat permainan ikan puyu.


Suami Patimah, Buani Roski, 63, juga penggemar ikan air tawar terutama puyu. Pesara syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) itu menyifatkan puyu sebagai ikan tahan lasak yang tidak memerlukan penjagaan rapi. Rasa lemak yang tinggi daripada ikan itu cukup menyelerakan tekaknya.

Berbalik pada kepercayaan misteri yang dikaitkan dengan ikan itu, Buani hanya tertawa kecil saat dijentik persoalan sedemikian. Katanya: "Ikan puyu dan perkara mistik tidak dapat dipisahkan. Ia umpama cerita turun-temurun dalam masyarakat tempatan tidak mengira bangsa.

"Keupayaan ikan puyu sebagai pelindung rumah ialah versi paling kerap didengar. Ramai membela puyu bagi mengelakkan rumah mereka dimasuki pencuri yang menggunakan ilmu pukau," ujarnya.

Mereka yang terikut-ikut akan kepercayaan itu bersandar kepada teori bahawa pukau tidak akan berkesan jika terdapat benda hidup di dalam rumah yang masih berjaga.

"Puyu dikatakan sejenis ikan yang tidak tidur malam. Sebab itulah, kehadirannya di dalam rumah dipercayai boleh membatalkan usaha penjahat yang ingin memukau penghuni sesebuah rumah," jelas Buani mengenai dakwaan tersebut, namun dia lebih percaya pada kuasa dan ketentuan Allah SWT.

Lebih menguji akal logik, ikan yang mampu hidup melebihi 24 jam di atas daratan itu dikatakan sebagai alat mainan yang digemari toyol dan orang bunian!

Dalam penceritaan lain, ciri fizikal ikan yang mampu mencecah usia lima tahun itu juga dipercayai digeruni makhluk halus termasuk syaitan dan jin. Duri tajam yang terdapat pada puyu dikatakan menyekat kebal makhluk tersebut untuk masuk ke dalam rumah manusia.


MASAKAN ikan puyu boleh dipelbagaikan mengikut selera.


Dalam dunia perdukunan, puyu turut menjadi medium memindahkan objek santau yang dihantar kepada seseorang. Santau yang diperoleh mangsa dipindahkan ke dalam badan puyu. Begitupun, ada juga yang menjadikannya sebagai objek untuk menyantau orang lain.

Puyu sawah

Seperti yang diketahui umum, kawasan bendang dan tali air menjadi tempat permainan ikan puyu. Selepas tempoh menuai, air menjadi semakin cetek dan ia merupakan waktu paling seronok bagi orang kampung menangkap puyu yang terperangkap di petak-petak sawah.

Bagi Mohd. Yatim Basri, 59, dua petak sawah miliknya di Kampung Sungai Haji Dorani menjadi kawasan ideal buat ikan-ikan air tawar ditangkap. Tiada kolam khas dibuat untuk pemeliharaan ikan tersebut malah beliau menyerahkan sahaja proses pembiakan spesies itu kepada alam semula jadi.

"Budak-budak kecil paling suka menangkap ikan puyu. Masa air cetek, ikan puyu bertaburan dan mudah ditangkap, berbeza pada waktu air dalam.

"Saya masih ingat ketika tahun 1970-an, ikan puyu yang ditangkap dijual pada harga 50 sen sekati atau kini 600 gram (g). Sekarang pula harganya telah melonjak sehingga mencecah RM12 sekilogram.

"Memandangkan rumah saya dikelilingi sawah, aktiviti menangkap ikan itu bolehlah dikatakan kerap. Anak-anak dan cucu-cucu juga tidak terkecuali memancing puyu. Ia enak dimasak sambal atau digoreng," ujar Yatim yang memancing menggunakan batang buluh kecil buatan sendiri.

Mesin layan diri Karyaneka

Posted: 12 Jun 2012 06:07 PM PDT

MESIN layan diri Karyaneka dirasmikan awal tahun ini oleh Pengerusi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan (tengah) sempena Hari Kraf Kebangsaan 2012.


KUALITI produk-produk kraftangan etnik Malaysia di Karyaneka yang terletak di Kompleks Kraf Kuala Lumpur tidak boleh disangkal lagi.

Setiap hasil seni seperti pakaian, alas meja dan cenderamata dipilih dan dikawal secara terus antara pihak pengurusan Karyaneka dengan hampir 700 pengusaha kraf tangan di seluruh Malaysia.

Barangkali terdapat individu yang bersikap skeptikal mengatakan barang jualan di Karyaneka sangat mahal. Namun, ia disebabkan sifat eksklusif yang dimiliki selain produk yang dihasilkan mengikut perkembangan dan trend semasa.

Tidak mahu terus tersekat dalam kaedah perniagaan konvensional, pihak Karyaneka mempelbagaikan kaedah jualan selepas melihat sendiri keberkesanan mesin layan diri di Jepun.

Di negara Matahari Terbit itu, kebanyakan barang jualan menggunakan perkhidmatan layan diri dan ia sangat efektif dari segi pertambahan angka jualan serta kesediaan produk kepada pelanggan pada bila-bila masa.

Setakat ini, Karyaneka sudah memiliki tiga buah mesin layan diri yang beroperasi sepenuhnya sejak dilancarkan awal tahun lalu.

Rekod jualan

Seperti mesin-mesin layan diri yang lain, mesin di Karyaneka juga mudah digunakan oleh para pelanggan selain produk yang dijual terbukti memiliki rekod jualan yang baik.

Antaranya ialah magnet peti ais, rantai kunci dan buku nota.

Cara penyelenggaraan untuk menguruskan jual beli juga sangat mudah. Menurut Eksekutif Rakan Kongsi Strategik Karyaneka, Adil Asmadi, 31, mesin layan diri itu dilengkapi dengan teknologi cip.

"Ia dapat merakam data secara terperinci untuk jumlah jualan dan jenis produk yang terjual. Jadi, peniaga boleh memantau sendiri mesin dan melakukan inventori barang jualan," terang Adil yang ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain diletakkan di Karyaneka, mesin layan diri yang menjual cenderamata berharga antara RM4 hingga RM15 itu bakal berada di lokasi-lokasi pelancongan lain.

Tidak lama lagi, ia akan kelihatan di Hotel Royale Chulan dan bakal disusuli di Stesen ERL dan KL Sentral. Pihak Karyaneka turut menjemput orang ramai menyertai perniagaan mesin layan diri biarpun sebagai perniagaan sampingan.

Dengan pakej berharga RM25,000, usahawan yang berminat diberi sebuah mesin layan diri, stok barang jualan, penyelenggaraan secara berkala dan latihan.

"Kami mempunyai sebuah kumpulan yang membuat kajian berdasarkan kedatangan pengunjung ke sesuatu tempat. Jika dalam tempoh tertentu, kutipan jualan kurang memberangsangkan, ia akan dipindah.

"Kos pemindahan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kami manakala rakan kongsi hanya membayar lebih kurang RM300 setiap bulan untuk sewa tapak dan bekalan elektrik kepada pemilik premis," kata Pengurus Pembangunan Perniagaan Karyaneka, Mohamed Alias Mohd. Ariffin, 43.

Keuntungan yang dijanjikan adalah antara 30 hingga 40 peratus. Mohamed Alias juga memberi jaminan bahawa mereka bebas untuk menentukan masa mengurus mesin layan diri sama ada mahu mengutip hasil jualan setiap hari atau hujung minggu.

Berbeza dengan gerai-gerai jualan cenderamata biasa, setiap barangan dalam mesin layan diri Karyaneka sudah dipastikan keaslian dan buatan Malaysia.

Karyaneka yang bertapak di Malaysia sejak tiga dekad lalu meletakkan sasaran sebanyak 250 buah mesin layan diri di seluruh Malaysia menjelang akhir tahun 2014.

Menurut Mohamed Alias, barangan cenderamata yang bakal dijual dalam mesin layan diri nanti mengikut lokasi. Sebagai contoh, jika di Langkawi, cenderamata pasti memiliki unsur kesenian pulau yang terkenal dengan legenda Mahsuri itu.

Dicekup ketika sedang berpelukan

Posted: 12 Jun 2012 06:02 PM PDT

Dicekup ketika sedang berpelukan
Keadaan pelajar kejuruteraan awam IPTA berdekatan yang dicekup dalam keadaan
berpelukan bersama teman lelakinya di sebuah stor cuci kereta di Balai Besar.

DUNGUN – Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam berdekatan, dicekup pihak berkuasa dalam keadaan berpelukan bersama teman lelakinya atas katil bertingkat di dalam sebuah stor pusat cuci kereta, dekat sini, pagi kelmarin.

Pelajar perempuan terbabit dipercayai bertandang ke tempat mencuci kereta yang bakal dibuka itu, sebaik menamatkan kuliahnya untuk memadu asmara bersama teman lelakinya yang difahamkan seorang penganggur.

Namun pelajar IPTA yang berasal dari kampung Cacar, Paka yang sama sekali tidak menyangka bahawa teman lelakinya itu penagih bagaimanapun terkedu seketika, apabila menerima kehadiran sepasukan anggota polis narkotik yang melakukan serbuan di tempat berkenaan.

Susulan penangkapan tersebut, remaja perempuan yang merupakan seorang pelajar kejuruteraan awam dan anak seorang pesara syarikat swasta di Paka itu, terpaksa diserahkan kepada pihak Jabatan Agama untuk tindakan lanjut kerana disyaki berkhalwat.

Sementara itu, teman lelakinya yang berasal Kampung Durian Mas itu juga didapati positif dadah jenis methapethamine setelah menjalani unian saringan air kencing dan disiasat mengikut seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kedua-dua pasangan terbabit bakal menghadapi pendakwaan di Mahkamah Rendah Syariah pada 9 Julai 2012 nanti atas kesalahan berkhalwat mengikut seksyen 31(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan hukuman denda maksima RM3,000 atau tidak melebehi dua tahun penjara boleh dikenakan ke atasnya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan terbabit.

Tasha Shila, Anzalna & Neelofa Terima Padah Jika Terus Bergaduh

Posted: 12 Jun 2012 01:04 AM PDT

Dari kiri; Tasha Shila, Neelofa dan Anzalna

PETALING JAYA: Sikap tiga orang artis iaitu Tasha Shila, Anzalna dan Neelofa yang bertelagah akan memakan diri apabila tawaran berlakon ke atas mereka disekat sekiranya didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin yang bakal ditubuhkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Presidennya Zed Zaidi berkata, menerusi jawatankuasa tersebut, pihaknya akan memanggil mereka untuk menyiasat apakah punca sebenar mereka bertelagah yang secara langsung mencemarkan nama baik dunia artis tempatan.

"Sekarang ini semakin ramai artis terutamanya bakat baru gemar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap artis lain atau bergaduh sesama sendiri menerusi ruangan laman sosial seperti 'Facebook' dan 'Twitter'.

"Pertelagahan antara Tasha, Anzalna dan Neelofa adalah contoh terbaru, dan kelakuan itu menunjukkan mereka terlalu mengikut emosi. Sebab itu pihak Seniman bersikap tegas dan akan menubuhkan jawatankuasa tersebut secepat mungkin.

"Dengan langkah menyekat tawaran berlakon untuk mereka, ia akan memberi pengajaran kepada mereka dan artis-artis lain agar hal sebegini tidak akan timbul lagi pada masa akan datang," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Zed Zaidi

Zed diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar yang mendakwa pelakon Neelofa telah memburuk-burukkan dua rakannya iaitu Anzalna dan Tasha.

Episod pergaduhan artis berkenaan tercetus apabila Neelofa kononnya telah meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kemenangan Tasha sebagai Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) menerusi sebuah akhbar mingguan.

Kejadian itu bertambah panas apabila pada Ahad lalu Anzalna pula menempelak Neelofa dengan mendakwa pelakon itu suka memburukkannya di laman sosial.

Dalam pada itu tambah Zed, walaupun jawatankuasa disiplin itu belum lagi ditubuhkan, ketiga-tiga artis berkenaan serta individu lain yang mempunyai masalah sesama sendiri boleh merujuk kepada pihak Seniman sekiranya sukar untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

"Buat masa ini pihak kami tidak boleh masuk campur melainkan artis-artis ini yang datang kepada Seniman untuk selesaikan masalah.

"Bagaimanapun, andai kata kes mereka terlalu serius sehingga dibawa naik ke mahkamah, pihak kami akan campur tangan untuk menyelesaikannya," tegasnya.

Dalam pada itu, pihak Seniman juga sedang merancang untuk menganjurkan sebuah kursus komunikasi buat artis-artis yang baru menyertai industri seni hiburan agar isu-isu mengenai disiplin tidak akan timbul lagi.

Mengikut syarat, semua artis di negara ini perlu menjadi ahli Seniman sebelum boleh diambil berlakon.

Siti Saleha Tak Yakin Ikut Jejak Sam (Bunkface)

Posted: 12 Jun 2012 01:03 AM PDT

Siti Saleha

KUALA LUMPUR: Pelakon Siti Saleha berasa kurang yakin untuk menceburi bidang nyanyian seperti yang dilakukan oleh abangnya, Sam, yang merupakan vokalis kumpulan Bunkface.

Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum, 22, berkata, walaupun mempunyai minat yang tinggi dalam bidang nyanyian, dia merasakan banyak perkara yang perlu dipelajari sebelum bergelar penyanyi.

"Memang saya ada hasrat untuk bergelar penyanyi, tetapi banyak juga persiapan yang perlu dilakukan untuk ke arah itu.

"Walaupun sudah biasa berdepan dengan kamera, saya kurang keyakinan apabila mahu jadi penyanyi. Lagipun saya memulakan kerjaya dalam bidang lakonan dahulu, maka biarlah saya fokus pada kerja yang dilakukan sekarang," katanya.

Tambah Saleha, biarlah Sam atau nama sebenarnya Shamsul Anuar sahaja berada dalam dunia muzik dan dia hanya menyokong kerjaya seni abangnya itu.

"Dalam pada itu, adik perempuan saya juga berminat dalam bidang muzik dan mungkin dia juga akan mengikut jejak langkah Sam.

"Bayangkan, kalau saya juga sertai mereka, rasa pelik pula. Biarlah saya menyokong mereka cukuplah,," selorohnya yang sedang menjalani penggambaran filem Pencinta, arahan Khir Rahman.

Sementara itu, Saleha turut meluahkan hasrat untuk mencuba nasib sebagai pengacara sejak mengendalikan Konsert Himpunan Sejuta Belia 2011 yang berlangsung baru-baru ini.

"Rasa seronok pula apabila mengendalikan sesebuah acara lebih-lebih lagi yang melibatkan jumlah orang yang ramai.

"Harap-harap saya dapat mengacarakan sesebuah program yang berbentuk hiburan. Dan Awal Ashaari antara pengacara yang sangat saya kagumi untuk dijadikan sebagai inspirasi," ujarnya.

Shila Amzah Labur RM40 Ribu Kerana Album Sendiri

Posted: 12 Jun 2012 01:02 AM PDT

Shila Amzah

PETALING JAYA: Demi mengukuhkan lagi tapak kerjaya seni nyanyian, penyanyi Shila Amzah berani mengambil risiko dengan melaburkan hampir RM40,000 untuk menerbitkan albumnya sendiri.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah berkata kesanggupannya itu disebabkan kerana ingin menguatkan profil kerjaya nyanyiannya selain enggan mengecewakan peminat-peminat yang sudah lama menunggu kemunculan album terbaru.

"Sudah lama saya impikan untuk menerbitkan album sendiri, walaupun tahu hasil jualan album tidaklah banyak mana, namun ia adalah kepuasan buat saya.

"Ia satu pelaburan yang besar untuk penyanyi seperti saya dan dianggarkan untuk sebuah lagu, kosnya lebih daripada RM5,000. Dan sebanyak lapan buah lagu akan dimuatkan pada album berkenaan.

"Bukan itu sahaja, saya juga perlu melaburkan dalam penerbitan klip video serta urusan promosi," katanya.

Tambah Shila, sebagai penyanyi muda yang masih lagi belajar mengenai selok-belok dalam pengurusan perniagaan muzik, albumnya itu akan dibuat secara berperingkat agar mendapat hasil yang berkualiti.

"Pada album itu, saya akan memuatkan lagu-lagu ciptaan sendiri yang sudah lama saya hasilkan, malah sejak dari sekolah menengah lagi.

"Cuma sebelum ini saya kurang keberanian untuk tunjuk kebolehan menghasilkan lagu kepada umum. Dan sejak muncul dengan lagu Patah Seribu, barulah saya yakin untuk merakam lagu-lagu berkenaan," ujarnya.

Sementara itu, memandangkan telefilem lakonannya Patah Seribu mendapat respons positif, Shila berkata, buat masa ini dia ingin memberi fokus pada kerjaya nyanyiannya dahulu.

"Kalau boleh saya tidak mahu mencampuradukkan dua bidang (lakonan dan nyanyian) ini dalam satu masa, kerana sukar untuk memberi fokus.

"Malah ketika penyertaan saya dalam program Mania hampir tiga bulan, pembikinan album saya jugq tergendala.

"Jadi biarlah saya fokus dengan nyanyian dahulu. Lagipun bidang lakonan hanyalah sekadar untuk saya mencuba melihat sejauh mana kemampuan diri dalam bidang tersebut.

Lari bogel elak dicekup ghairah asmara

Posted: 12 Jun 2012 01:00 AM PDT

AJK Surau Al-Munawarah (kiri) sedang menyoal siasat dua pasang kekasih yang ditahan semalam.
AJK Surau Al-Munawarah (kiri) sedang menyoal siasat dua pasang kekasih
yang ditahan semalam.

PETALING JAYA- Sepasang kekasih yang sedang leka bercumbuan tanpa seurat benang diruang tamu rumah melarikan diri ke dalam bilik selepas tersentak apabila pintu rumahnya diketuk oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Al-Munawarah dan anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Apartment Lagoon Perdana, awal pagi semalam.

Pasangan itu yang pada mulanya enggan membuka pintu akhirnya akur dan hasil pemeriksaan mendapati kedua-duanya tiada pertalian sah.

Mengejutkan, seorang gadis Melayu turut ditahan bersama seorang lelaki berlainan bangsa di sebuah bilik di unit apartmen sama.

Penolong Setiausaha Surau Al-Munawarah , Muhammad Syafiq Khor Abdullah berkata, serbuan dibuat berikutan aduan daripada jiran sekeliling yang curiga melihat rumah bujang wanita itu sering dikunjungi lelaki.

"Pada mulanya kedua-dua pasangan itu memberi alasan terpaksa tinggal serumah kerana tidak mampu membayar sewa rumah sebanyak RM800 sebulan," katanya.

Kedua - dua gadis itu yang berusia awal 20-an merupakan pelajar di sebuah universiti manakala lelaki pula sudah bekerja.

Dalam serbuan di sebuah lagi unit apartmen, sepasang kekasih turut dicekup kerana disyaki berkhalwat.

Muhammad Syafiq berkata, pihaknya terpaksa mendapatkan bantuan polis kerana pasangan terbabit enggan membuka pintu.

Pasangan itu akhirnya akur selepas diarahkan oleh polis.

Semua pasangan yang ditahan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya.

Neelofa bakal saman Anzalna?

Posted: 12 Jun 2012 12:59 AM PDT

Neelofa dan Anzalna
Neelofa dan Anzalna

Mungkin nama Anzalna Nasir tidak begitu menyerlah berbanding rakan seangkatannya menerusi pencarian Dewi Remaja 2010, Neelofa Mohd Noor.

Rata-rata lebih mengenali Neelofa yang diberi lebih banyak ruang dan peluang di dalam industri seni.

Mana tidaknya, Neelofa juga turut menggalas peranan penting sebagai pengacara rancangan popular, Nona, walaupun masih baru dalam industri.

Namun, kedinginan mereka dihidu sejak Dewi Remaja lagi. Menerusi teman terdekat, mereka dikatakan tidak mempunyai hubungan baik .

Mencipta satu lagi kontroversi yang boleh mengeruhkan keadaan, Anzalna tampil berani mengeluarkan kenyataan terhadap pelakon utama filem Azura ini.

Dalam temu bual sebuah akhbar, Anzalna mendakwa Neelofa tidak berpuas hati dan pernah menghinanya menerusi laman sosial Facebook.

Anzalna turut mengatakan Neelofa turut mewujudkan akaun Facebook, Kami Benci Anzalna dan mengugutnya sekiranya dia memenangi Dewi Remaja.

Tidak hanya berdiam diri, Neelofa menerusi Twitternya membidas kenyataan Anzalna.

"Nothing in this dunya is in our hands, that Allah cannot take from us and so jgn fikir memfitnah dan menjatuhkan orang lain dalam surat khabar adalah sebaik baik jalan penyelesaian. I know where I stand and as for the truth. I will do it the official way", kata Neelofa menerusi Twitternya.

Neelofa yang dihubungi Zass, bagaimanapun enggan beri kenyataan.

"Saya tidak mahu komen apa-apa. Saya akan keluarkan kenyataan tidak lama lagi, tapi bukannya hari ini," katanya.

Ernie Zakri Contohi Alyah Gara-Gara Tidak Popular

Posted: 12 Jun 2012 12:59 AM PDT

Ernie mengagumi ketabahan Alyah dalam membariskan dirinya antara penyanyi terbaik di negara ini.

PETALING JAYA: Juara Bintang RTM 2009 (BRTM 2009), Ernie Zakri menjadikan penyanyi Alyah sebagai idola selepas album pertamanya yang dilancarkan pada tahun lalu tidak mendapat sambutan.

Ernie, 20, berkata, Alyah yang mengambil masa hampir 10 tahun untuk dikenali dan diterima peminat telah memberinya semangat supaya tidak berputus asa walaupun albumnya gagal di pasaran.

"Kecewa tu memang ada kerana banyak usaha telah dan ramai pihak terlibat dalam menjayakan album tersebut tetapi mungkin belum rezeki saya.

"Apabila teringat Alyah yang pernah melalui pelbagai cabaran dan kesabaran beliau untuk bergelar penyanyi, saya jadi lebih bersemangat untuk bangkit semula," katanya kepada mStar Online ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Ernie, walaupun kecewa dengan kegagalan itu dia menganggap rezekinya dalam bidang nyanyian belum berpihak kepadanya dan akan menggandakan usaha selepas ini.

Dalam pada itu, Ernie berkata, kemunculan single terbarunya bersama Aiman Hakim berjudul Khalimah Janji adalah usaha terbaru untuk mendapat perhatian daripada pendengar dan peminat.

Ernie dan Aiman selesa bekerjasama dalam lagu duet mereka yang berjudul Khalimah Janji.

Tidak menafikan menumpang populariti artis lelaki yang terkenal dengan drama Vanila Coklat itu, Ernie berkata, dia tidak melihat perkara itu sebagai negatif tetapi memandang pada sudut positif dalam memberi bonus kepada kerjayanya.

"Insya-Allah dengan populariti Aiman ia juga adalah platform untuk masyarakat mengenali saya dan peluang yang diberikan oleh syarikat rakaman iaitu FMC tidak saya tolak begitu sahaja kerana ia adalah untuk kebaikan kerjaya saya sebelum muncul dengan album kedua," ujarnya.

Sementara itu, Ernie memberitahu dia ada mendapat beberapa tawaran berlakon namun terpaksa menolak kerana ingin memberikan tumpuan kepada nyanyian dan pengajian dalam bidang muzik yang sedang diikutinya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam.

Ernie menjelaskan dia tidak mahu terburu-buru mengejar semua benda dalam satu masa namun tidak menolak akan berlakon suatu hari nanti.

"Keutamaan saya adalah kepada pengajian buat masa ini kerana saya yakin dengan pendidikan saya sekali gus dapat melebarkan sayap saya dengan lebih tinggi. Pendidikan adalah jaminan paling penting buat saya," katanya.

Kuza Enggan Anak-Anak Jadi Artis

Posted: 12 Jun 2012 12:58 AM PDT

Kuza menganggap kitaran dalam dunia lakonan adalah perkara biasa bagi seseorang artis.

PETALING JAYA: Pelakon Tengku Sariza Tengku Muzani atau Kuza tidak menggalakkan anak-anaknya untuk menjadi artis sebaliknya mahu mereka mengutamakan pelajaran.

Kuza, 39, berkata, dia mahu melihat tiga anaknya iaitu Nizam Firdaus, 18, Puteri Nazihah, 17 dan Puteri Nadia, 7, mempunyai kerjaya tetap yang dapat menjamin masa depan mesing-masing.

"Saya tidak menggalakkan mereka terlibat dalam bidang seni kerana saya sudah melalui pahit manis sebagai seorang pelakon dan ia bukan mudah seperti yang disangka.

"Sebab itu saya mahu mereka mengejar cita-cita dalam bidang lain yang lebih menjamin masa depan," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Kuza, setakat ini anak-anaknya tidak menunjukkan minat untuk terlibat sama ada sebagai pelakon atau penyanyi dan telah mempunyai haluan sendiri dalam menentukan masa depan mereka.

"Macam anak saya yang sulung dia sangat berminat dengan dunia kulinari dan sedang menunggu keputusan untuk masuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan saya sebagai ibu menyokong kehendaknya itu," ujarnya.

Dalam pada itu, Kuza memberitahu dia tidak kisah jika tidak lagi menjadi pilihan para pengarah dan penerbit drama untuk memegang watak penting kepadanya kerana sedar zaman kegemilangannya sudah berakhir.

Kuza memberitahu, dia menganggap situasi itu adalah perkara biasa bagi pelakon lama sepertinya dan peluang perlu diberikan kepada muka-muka baru untuk menyerlah.

"Dulu saya sudah merasai popular sekarang ni bagi la pula kepada pelakon-pelakon muda dan saya lihat ramai yang mempunyai bakat besar selain wajah yang cantik.

"Ia adalah kitaran normal dalam industri ini dan tiada apa yang pelik jika pelakon lama seperti saya tidak lagi mendapat watak utama dalam sesebuah drama," katanya.

Bagaimanapun kata Kuza, sehingga kini dia masih menerima tawaran daripada pihak produksi dengan watak yang sesuai dengan usianya sekarang.

"Umur dah 39 tahun, takkan nak bawak watak orang muda. Peranan sebagai emak sesuailah," katanya.

Sementara itu, Kuza memberitahu selain berlakon dia juga sedang sibuk mengusahakan produk penjagaan kulit berasaskan herba yang diberi nama Kuza Gold hampir dua bulan lalu.

Kuza memberitahu, walaupun produk berkenaan baru sahaja memasuki pasaran dia gembira dengan penerimaan pengguna dan memberitahu telah menggunakan produk berkenaan pada wajahnya sendiri selama setahun.

"Saya tak mahu jual sesuatu benda yang saya sendiri tidak yakin apabila menggunakannya. Sebab itu saya cuba dulu selama setahun dan apabila nampak kesan ketara baru saya b erani untuk jual kepada orang.

"Ia bagus untuk menghilangkan dan merawat jeragat pada wajah dan boleh digunakan oleh lelaki dan wanita dan saya cipta produk ini dengan bantuan pakar," ujarnya. Kuza bakal muncul dalam drama bersiri Waris arahan Kabir Bhatia bermula 14 Jun ini yang akan ditayangkan di slot Seram, setiap hari Rabu, pukul 10 malam di TV3.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan