Nuffnang

Sabtu, 13 Julai 2013

Zon Artis

Zon Artis


Nelydia Senrose Gembira Dengan Pengakuan Qi Razali

Posted: 12 Jul 2013 11:12 PM PDT

NELYDIA SENROSE MENGAKU BERCINTA DENGAN QI RAZALI

Ternyata Qi Razali tidak bertepuk sebelah tangan dengan pengakuan yang dibuatnya baru-baru ini (rujuk artikel ini) kerana Nelydia Senrose sendiri telah tampil mengatakan yang dia gembira dan terasa dihargai dengan pengakuan yang dibuat oleh Qi itu.

"Saya dapat tahu Qi buat kenyataan kepada pihak media dengan sendiri. Dia tak beritahu saya pun tentang ini. Bagaimanapun, saya tidak marah dengan dia. Sebaliknya, saya rasa dihargai dan gembira. Memanglah, kalau boleh saya tidak mahu kisah kami berdua digembar-gemburkan, tetapi Qi sudah pun buat pengakuan.

"Biarlah pihak lelaki sahaja yang membuka mulut. Saya hanya boleh katakan perhubungan kami kini dalam fasa yang baru. Sebelum ini kami hanya rapat sebagai kawan. Saya dan Qi belum ada kepastian kerana jodoh pertemuan ini ditentukan oleh Allah, jadi tak perlulah hendak gembar-gemburkan sangat perkara ini."

NELYDIA SENROSE MENGAKU BERCINTA DENGAN QI RAZALI

Apabila ditanya tentang hasrat Qi yang tidak mahu bercinta terlalu lama dan hanya meletakkan masa selama dua tahun untuk mereka saling mengenali hati budi masing-masing sebelum mendirikan rumahtangga, ini jawapan Nelydia:-

"Qi memang ada berbincang dengan saya tentang perkahwinan. Saya faham dengan situasi Qi kerana dia bukannya muda lagi. Dengan usianya sekarang ini (35 tahun), memanglah dia sudah berfikir tentang kahwin. Saya baru berusia 19 tahun dan masih belum menamatkan pelajaran. Kalau sudah tertulis saya akan berkahwin awal, saya akan kahwin awal. Saya serahkan semuanya kepada Allah. Kalau memang saya ditakdirkan menjadi isteri dia, saya pasti akan berkahwin dengan dia juga,"

Psstt: Bayi ini telah ditikam sebanyak 90 kali oleh ibunya~

Related Posts with Thumbnails

Tiada ulasan:

Catat Ulasan